Tajuk:-PRINSIP ASAS PENGURUSAN ISLAM
DUA2022: PENGURUSAN DALAM ISLAM
NAMA PENSYARAH: PUAN RUSWANI WAN ABDULLAH
KELAS: DAT2A
NAMA PELAJAR:-
NUR IZATI BINTI ABU BAKAR
02DAT15F2048
SITI NUR AQILA BINTI ABD WAHAB
02DAT15F2070
WAN NUR FATIHAH WAN MAZLAN
02DAT15F2026
NUR AFIFAH BINTI HASHIM
02DAT15F2085
Pengenalan
DUA2022: PENGURUSAN DALAM ISLAM
NAMA PENSYARAH: PUAN RUSWANI WAN ABDULLAH
KELAS: DAT2A
NAMA PELAJAR:-
NUR IZATI BINTI ABU BAKAR
02DAT15F2048
SITI NUR AQILA BINTI ABD WAHAB
02DAT15F2070
WAN NUR FATIHAH WAN MAZLAN
02DAT15F2026
NUR AFIFAH BINTI HASHIM
02DAT15F2085
Pengenalan
Pengurusan islam merupakan proses penting
bagi mengendalikan manusia, organisasi dan matlamat pengurusan islam yang
hendak dicapai berlandaskan Al-quran dan hadis. Pengurusan islam merangkumi
peranan tauhid sebagai asas pengurusan. Pendekatan islam sebagai satu cara
hidup yang menyeluruh dan bersepadu dalam melaksanakan pengurusan islam ia
merupakan unsur penyerahan diri manusia sebagai khalifah di muka bumi yang
tunduk dan patuh kepada kepada perintah Allah s.w.t. AffendI Hassan berpendapat bahawa pengurusan
islam ialah satu penggembelengan tenaga dan sumber, melalui perancangan, arahan
dan kawalan dalam sesebuah organisasimengikut prinsip dan nilai yang ditetapkan
dalam islam.
OBJEKTIF
DAN PRINSIP PENGURUSAN ISLAM
a. Menjaga keselamatan agama
=>merupakan
matlamat syariah yang pertama dan terpenting dalam kehidupan seorang muslim.
=>agama
menjadi pemisah kualiti sebenar seorang muslim dan berkaitan rapat dengan soal
akidah.
b. Menjaga keselamatan jiwa(nyawa)
=>menjaga dan
memelihara jiwa(nyawa) serta tubuh badan manusia
c.Menjaga keselamatan akal
=>akal dan
pemikiran perlu dijaga kerana ia merupakan anugerah Allah yang paling berharga
kepada manusia .
=>keistemewaan
yang membezakan manusia berbanding makhluk yang lain.
=>akal juga
perlu disuburkan fungsinya demi kebaikan ummah secara keseluruhan.
d.
Menjaga keselamatan maruah
=>memelihara maruah dan keturunan
manusia merupakan salah satu matlamat syariah.
e. Menjaga
keselamatan harta
=>menjaga harta dan pemilikan merupakan
salah satu tujuan atau maqasid al-syariah .
Definisi Pengurusan Islam
Di dalam pengurusan dalam Islam, terdapat beberapa sarjana-sarjana Islam telah mengutarakan definisi pengurusan. Di antaranya:
- Ahmad Ibrahim Abu Sin
Pengurusan sebagai satu kajian ilmiah terhadap bakat dan kebolehan serta kemahiran seseorang menjadi pengurus.
- Profesor Syed Othman Alhabshi
- Muhammad A.Al-Buraey
Pengurusan merupakanpenyelarasan tenaga manusia untuk mencapai matlamat kelompok sebagai makhluk sosial yang perlu berinteraksi antara satu sama lain.
PRINSIP ASAS PENGURUSAN ISLAM
) A) . AL-Ubudiyyah
: prinsip organisasi yang berkaitan dengan
matlamat dan fungsi utama manusia sebagai hamba Allah.
: merujuk kepada sifat pengabdian diri
seorang insan dengan setelusnya hanya kepada Allah.
"Janganlah kamu sembah dua Tuhan.Hanya
dia Tuhan yang Esa, sebab itu takutlak kamu kepadaKu.Allah memiliki apa-apa
yang dilangit dan di bumi dan kepada-Nya hendaklah kamu ptuh selam-lamanya.
Adakah kamu takut kepada yang lain daripada Allah"
Setiap manusia merupakan khalifah yang
dilantik oleh Allah untuk memakmurkan muka bumi.
KONSEP
UBUDIYAH
1. Allah tidak meredhai hambaNya yang
bersikap menjauhi kemewahan dunia dengan mengurung diri di dalam rumah-rumah ibadat dan
masjid semata-mata untuk tujuan beribadat, sedangkan
manusia boleh beribadat di mana sahaja .
2. Hubungan manusia dengan Allah adalah
berasaskan satu perjanjian atau kesanggupan yang azali. Manusia telah mengakui
ketuhanan (ubudiah) Allah serta menyatakan kesanggupan untuk mengabdikan diri
semata-mata kepadaNya. Konsep ubudiyyah bukan sahaja dapat
mencorakkan pembentukkan individu warganya,tetapi juga membentuk halatuju serta
budaya organisasi tersebut.
PERKARA
PENTING YANG BERKAITAN DENGAN UBUDIYYAH SERTA HUBUNGANNYA:
1. Matlamat atau hala tuju organisasi perlu
seiring dengan konsep pengabdian diri kepada Allah.
2. Cara, kaedah atau kegiatan yang
dilaksanakan untuk mencapai matlamat organisasi juga perlu seiring dengan
konsep ubudiyyah kepada Allah. Ini menjadikan cara untuk untuk mencapai matlamat tersebut mengambil kira nilai dan prinsip
islam dan menegaskan penolakan terhadap kensep'matlamat menghalalkan cara'.
3. Budaya yang wujud dan subur di dalam
organisasi perlu didokong oleh semangat pengabdian diri kepada Allah .
KESAN
YANG POSITIF KEPADA PEMBENTUKAN WATAK WARGA ORGANISASI ERTA BUDAYA ORGANISASI
YANG DIWUJUDKAN:
1. Warga organisasi akan mengaitkan segala
kegiatan dalam organisasi dengan agama. Ini mereka seorang yang sensitif dengan
arahan dan tegahan agama. Oleh itu,ia dapat mengambarkan
bahawa agama menjadi nilai atau prinsip utama dalam sesebuah organisasi
2. Warga organisasi akan berusaha untuk
menjadikan setiap kegiatan dalam organisasi sebagai satu ibadah dengan menjaga adab dan
syarat-syaratnya .
3. Budaya yang wujud dalam organisasi
menjadi sesuatu yang positif sejajar dengan nilai dan prinsip agama. Ini akan menyumbang ke arah
pengurusan dan mengurangkan pelbagai bentuk perkara yang negatif .
4. Agama menjadi unsur utama dalam
menentukan tindak-tanduk dan kegiatan dalam organisasi. Seluruh warga dapat menjadikan
agama sebagai penentu nilai utama dalam kegiatan perkambangan organisasi .
Definisi
Al- syura
)B) . Al-Syura
: merupakan prinsip pengurusan islam yang
kedua .
: kepentingan ditegaskan dengan nyata di
dalam Al-Quran dapat dikukuhkan oleh sunnah Rasulullah s.a.w serta bekalan para sahabat .
KEPENTINGAN
AL-SYURA DALAM HUBUNGAN DENGAN PENGURUSAN:
1. Amalan syura menjadikan keputusan yang
dibuat menjadi lebih baik berdasarkan logik akal, keputusan yang dibuat mengikut
pandangan ramai lebih baik daripada pandangan seorang .
2. Syura akan memantapkan keputusan yang
dibuat hasil daripada perbincangan yang lebih matang dan mendalam .
3. Syura juga akan dapat mengelakkan
kekeliruan dan ketidakfahaman kerana ia dibincangkan dengan teliti dan melibatkan
jumlah ahli majlis yang ramai .
4. Melalui syura , kesalahan yang besar
dapat dielakkan kerana keputusan yang dibuat telah diputuskan secara ramai .
5. Syura akan meningkatkan komitmen pekerja
kerana keputusan tersebut dibuat secara bersama. Dengan ini ,
mereka akan merasakan keputusan dibuat itu adalah keputusan bersama dan bukan keputusan individu sahaja .
6. Syura juga merupakan wadah untuk
memanfaatkan mereka yang berilmu berpengalaman dan berkemahiran.
SIFAT-SIFAT
BAIK YANG DISYARIATKAN:
1. Seorang yang pintar atau
bijaksana,berpandangan jauh dan berhati suci .
2. Seorang yang tidak melakukan kezaliman
dan tidak membantu orang-orang yang zalim dan melakukan kejahatan .
3. Seorang yang jujur dan bertaqwa .
4. Seorang yang tidak pengecut tidak
kedekut dan tidak tamak .
FUNGSI
SYURA:
1. Menggubal peraturan-peraturan organisasi
.
2. Menjalankan setiap aktiviti organisasi
yang difikirkan berfaedah mengikut syariah .
3. Meluluskan program-program kewangan .
4.Mengulangkaji dasar-dasar organisasi dan
memikirkan bagaimanakah cara untuk melicinkan lagi pentadbiran organisasi .
5.Berkuasa mengishtiharkan rancangan
darurat organisasi yang difikirkan perlu .
6.Meluluskan kontrak, perkonsian dan
perjanjian dengan organisasi luar .
7.Memberikan kebebasan kepada setiap ahli
syura untuk menyatakan pendapat demi kemaslahatan organisasi .
8.Menggunaan harta dan belanjawan
organisasi sebagaimana yang diputuskan oleh syura .
C) Al-Hurriyah
: Al-hurriyah atau kebebasan menjadi salah
satu prinsip pengurusan islam.
: Islam menentang sebarang bentuk penghambaan
tanpa pengalasan kecuali penghambaan terhadap Allah.
ISLAM
MENJAMIN KEBEBASAN MANUSIA :
1. Kebebasan beragama, atau mengamalkan
agama dan fahaman yang dianuti .
2. Kebebasan berfikir .
3. Kebebasan bersuara.
4. Kebebasan memiliki dan mencari harta.
5. Kebebasan untuk menuntut ilmu.
6. Kebebasan bergerak.
KEBEBASAN
DALAM ISLAM DIJAMIN UNTUK SETIAP INDIVIDU:
1. Ia tidak menganggu kepentingan orang
lain, atau kepentingan awam. Hal ini kerana dalam islam, apabila bertembung
antara kepentingan peribadi dengan kepentingan umum, kepentingan umum
itu hendaklah didahulukan .
2. Tidak menganggu kepentingan organisasi.
Ini membawa maksud kepentingan organisasi hendaklah diutamakan berbanding dengan kepentingan dan
kebebasan diri.
3. Kebebasan tersebut janganlah bercanggah
dengan nilai dan prinsip agama. Jikalau bercanggah, maka
dengan sendirinya ia terbatal .
D) . AL-Musawah
: AL-Musawah atau persamaan adalah di
antara prinsip pengurusan di dalam islam.
: Persamman ini berkaitan dengan hakikat
bahawa manusia adalah berasal daripada keturunan yang satu iaitu berasal daripada Nabi Adam
a.s .
: Hanya yang membezakan setiap manusia itu
dengan manusa yang lain ialah amalan,tanggungjawab dan ketakwaan .
PELAKSANAAN
MUSAWAH ATAU PERSAMAAN DI DALAM ORGANISASI;
1.Semua warga organisasi harus diterima
sama rata , terutama dari sudut peraturan dan undang-undang.
2.Warga organisasi hendaklah dilayan dan
dihormati dari sudut kemanusiaan, keranan setiap manusia mempunyai maruah,
kecenderungan dan sifat serta cita rasa yang tersendiri.
3.Persamaan juga hendaklah diaplikasikan
dari sudut peluang dan kemudahan yang diberikan agar setiap pekerja dapat merasai peluang
dan hak yang sama .
4.Pembahagian tugas hendaklah mengambil
kira aspek kemanusiaan dan persamaan .
KETAATAN KEPADA ORGANISASI
PENGENALAN
Manusia digalakkan untuk sentiasa
mengamalkan prinsip dan semangat berorganisasi.
contoh; umat islam amat digalakkan
mengerjakan solat secara berjemaah dengan melantik seorang ketua(imam).
Begitu juga dengan urusan musafir, manusia
digalakkan bermusafir secara berjamaah dan melantik seorang ketua daripada
mereka .
DEFINISI
ORGANISASI
Satu unit sosial yang terdiri daripada
manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan yang lain
bagi mencapai matlamat individu, kumpulan dan organisasi.
Yusof Ismail mengungkapkan organisasi didefinasikan sebagai "struktur
perhubungan untuk menyelesaikan pekerjaan".
KETAATAN
KEPADA ORGANISASI
Ketaatan kepada organisasi merujuk kepada
ketaatan seseorang pekerja kepada pengurus dan seorang pengurus kepada
pekerjanya .
Prinsip utama ketaatan ialah elagi arahan
atau perintah daripada pengurus tersebut tidak bercanggah dengan islam maka
menjadi kewajipan pekerja mematuhi arahan yang dikeluarkan olh majikannya.
FAKTOR
ORGANISASI
Arahan tersebut mestilah berada dalam
bidang tersebut.
Kerja yang disuruh tersebut terdapat dalam
deskripsi kerja.
Kerja tersebut boleh dilakukan mengikut
keupayaan mental dan fizikal pekerja.
KESETIAAN
KEPADA ORGANISASI
Seseorang pengurus mesti setia kepada
organisasinya. Beliau TIDAK BOLEH :
1.Mengambil tindakan yang boleh menimbulkan risiko yang besar kepada
organisasinya .
2.Membuat keputusan yang mungkin membawa kepada kerugian syarikatnya .
3.Membelakangkan kepentingan organisasinya demi kepentingan organisasi
yang lain seperti memberikan maklumat rahsia organisasinya kepada organisasi
pesaing.
KEPATUHAN
KEPADA DISIPLIN
1.Kepentingan disiplin sememangnya tidak dinafikan bagi memastikan operasi
organisasi berjalan dengan lancar.
2.Organisasi perlu menyediakan dasar dan peraturan supaya dipatuhi oleh
setiap individu yang berkerja di dalamnya.
3.Tanpa disiplin, operasi organisasi akan
jadi kacau bilau yang akibatnya akan memusnahkan organisasi akhirnya.
4.Setiap pengurus diamanahkan oleh majikan
dan pihak pengurusan atasan bagi memastikan segala peraturan dan arahan yang
berkaitan dengan kerja diikuti oleh pekerjanya dan diri pengurus itu sendiri.
CIRI-CIRI
ORGANISASI
=>Mencerminkan identiti atau nilai-nilai
tinggi sebagai sebuah menara gading, universiti hendaklah memainkan peranan yang diharapkan oleh
masyarakat kampus khususnya dan masyarakat awam amnya.
=>mempunyai hierarki atau tingkat
autoriti.
=>organisasi jenis pekerjaan atau
bahagian yang diwujudkan.
=>organisasi pembuata mewujudkan
bahagian-bahagian seperti bahagian penfeluaran pentadbiran.
PENURUNAN
AUTORITI DAN KUASA YANG WAJAR DALAM PENURUNAN TUGAS
=>Seseorang pengurus tidak boleh
melakukan kesemua kerja dalam jabatannya.
=>Setiap pekerja mempunyai tanggungjawab
tersendiri dalam menjalankan kerja masing-masing.
=>Seorang pengurus mesti memberikan
oekerja tersebut autoriti dan had kuasa bagi membolehkan menjalankan tugas dengan cekap dan
berkesan.
=>Kuasa yang diberikan perlulah wajar
dengan autoriti kerja.
PENURUNAN
KUASA DI ZAMAN RASULULLAH DAN SAHABAT
Abu Bakar telah memberi kebebasan kepada
gabenor dalam mengendalikan urusan pentadbiran tempatan, permaslahatan awam dan
mereka juga bertanggungjawab untuk bertindak selaku penyelidik baik dalam
keadaan tertutp atau dalam keadaan terbuka.
MEMBINCANGKAN
PEMBERIAN GANJARAN
"Sesiapa yang beramal soleh, dari
lelaki atau perempuan, sedang ia beriman,maka sesungguhnya Kami akan
menghidupkan Dia Dengan Kehidupan Yang baik; dan Sesungguhnya Kami akan
membalas mereka , Debgan memberikan pahala Yang lebih dari apa Yang mereka
telah kerjakan". (al-Nahl : 97)
PEMBAHAGIAN
GANJARAN
EKSTRINSIK
=> Ganjaran kewangan seperti kenaikan
upah dan bonus.
INSTRINSIK
=> Ganjaran penghargaan seperti surat
pujian dan sijil pekerja cemerlang.
Kesimpulan
Dalam bab ini, kita telah membincangkan
tentang pandangan semesta Islam tentang Allah, manusia, alam, ilmu dan nilai.
Islam bukanlah satu ajaran yang utopia iaitu sesuatu yang tidak mampu dicapai
dan dilakukan oleh manusia.Sebaliknya, ajaran Islam merupakan ajaran wahyu yang
mudah dan realistik untuk semua manusia di semua tempat pada semua masa.Selain
itu, Islam juga mempunyai pandangan yang tersendiri terhadap kehidupan di muka
bumi termasuk kepentingan ilmu dan sistem nilai.Sesungguhnya sarjana pengurusan
dan pentadbiran sehingga belum lagi dapat memberi satu definisi yang tunggal
untuk pengurusan dan pentadbiran. Sebab itulah konsep pengurusan dan
pentadbiran sentiasa bercampur aduk antara satu sama lain dan tiada garis
pemisah yang jelas. Teori pengurusan dan pentadbiran telah bercambah seperti
cendawan tumbuh.Namun demikian, teori yang dikemukakan dari perspektif etika
lebih matang dan unggul.
Sumber
rujukan
*Buku teks pengurusan dalam islam
*Asmahan mokhtar merupakan Ketua Jabatan di
Jabatab Pengajian Am,Politektik Sultan Azlan Shah.Beliau berkelulusan Ijazah
Sarjana Muda Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia.
*Nurshahiza Mohamad Isa merupakan pensyarah
di Politeknik Seberan Perai .Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian
Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia dan pernah terlibat dalam penulisan
Kurikulum Politeknik bagi kursus-kursus Pendidikan Islam.